Sunday, March 8, 2009

Gambar Sekitar Sambutan Mauludur Rasul Daerah Kinabatangan

Sambutan Mauliur Rasul peringkat Daerah Kinabatangan telah berlangsung dengan jayanya. Perarakan bermula dari terminal Bas atau Dataran Kinabatangan menuju Dewan Sri Lamag. Di anggarkan 800 orang telah menyertai perarakan iniPerarakan diselangseli dengan ucapan selawat dan paluan kompang dan gong dari kumpulan Kg Sentosa jaya, SMK Bukit Garam dan Giat Mara Kinabatangan.SK Kota Melangkah Mara di Bawah Pimpinan Guru Besarnya Sendiri


Perarakan dimulai dengan bacaan doa oleh Imam Daerah Kinabatangan, Tuan Hj Jalpah Sani. Pasukan RELA Kinabatangan dibawah pimpinan Sarjan Ismail mendauhului kontigen perarakan menuju ke dewan Sri Lamag. Diikuti oleh Pejabat pelajaran Daerah.

Majlis pada kali ini dirasmikan oleh YB Saddi Abdul Rahman, ADUN Sukauseperti keletihan pelajar SMK Bukit Garam ini

Selepas ucapan perasmian, Pegawai Ceramah Jheain Sandakan Ust Ahmad Syufai Wagiran menyampaikan Ceramah Tema sebagai pengisian kepada semua hadirin.

Bagi menyerikan lagi sambutan Maulidu Rasul pada kali ini beberapa acara turut di pertandingkan. Antaranya sepanduk Tercantik dan Peserta terramai.Kelihatan Guru Besar SK Kota En Sabril Ludin yang bangga dengan pencapain sekolahnya apabila muncul Johan Sepanduk Tercantik dan Tempat Ketiga Peserta Rerramai.Turut memberi saingan ialah SMK Bukit Garam yang membawa peserta hampir 300 orang telah dinobatkan sebagai Johan Peserta Terramai dan Tempat Ke 3 Sepanduk Tercantik kategori sekolah.

Kg Batu Puteh Muncul Johan Sepanduk Tercantik Kategori kampung dan Johan Keseluruhan.
Terimalah hadiah tidak seberapa ini, hadiah yang paling layak adalah Allah

Pihak penganjur juga menyampaikan cendehati dan penghargaannya kepada pendakwah Undangan Mereka dari Jabatan Pendidikan yang terdiri daripada Ust Mohd Zaidi Mustafa, Ust Zulkarnain Noh dan Ust Noriman Fauzi. Sumbangan ini bagi menghargai sumbangan mereka kepada gerak kerja Dakwah JHEAIN Kinabatangan selama ini.

SMK Bukit Garam tetap bergaya sekalipun gagal muncul johan Sepanduk tercantik

Mini Forum "Kenapa Saya Memilih Islam"

Sambutan Maulidur Rasul semakin terasa di daerah ini. walaupun tidaklah sehebat seperti mana yang berlaku ditempat-tempat lain, namun demikian saya terus menerima jemputan-jemputan ceramah. Semoga semangat ini bukan hanya marak pada bulan Rabiul Awal ini sahaja tetapi berterusan pada bulan-bulan lain.

Sebentar tadi, keterlibatan dalam forum anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kinabatangan di Masjid Wihdatul Fikri, Batu 5 jalan Bukit Garam. Forum Kenapa Saya Pilih Islam ini dipengerusikan oleh Ust Mursalim Makmor, Imam masjid Kembara Jaya. Panelnya terdiri dari Ust Ahmad Syufai Wagiran, Ust Mohd. Zaidi Mustafa dan Ust Noriman Fauzi.

Perbincangan berkitar tentang keindahan Islam, tanggungjawab Muslim dan kategori muslim yang dipilih oleh Allah.

Sambutan masyarakat pada kali ini agak kurang memberangsangkan. Namun diharapkan lebih ramai tetamu-tetamu Allah akan mengimarahkan rumah-rumah Allah ini.

Selepas selesai berforum, para jemaah dijemput untuk bertahlil di rumah Hj Samiun dan dihidangkan dengan masakan istimewa.

Friday, March 6, 2009

BIODATA PENDAKWAH KINABATANGAN

Nama
Zulkarnain Mohd Noh


Tempat Bertugas
Penolong Kanan HEM
SK Sentosa Jaya

Asal
Kelantan

Pendidikan
Maktab Perguruan Sultan Idris
Universiti Kebangsaan Malaysia

Keluarga
4 orang anak (3 perempuan 1 lelaki)




Nama
Nuriman Fauzi


Tempat Bertugas
Guru j-Qaf di SK Batu Putih

Berasal dari
Negeri Kelantan

Pendidikan
Institut Perguruan Tawau
Universiti Al-Azhar, Mesir

Keluarga
1 orang anak (lelaki)





Nama
Mohd Zaidi Mustafa

Tempat Bertugas
sebagai Guru Agama dan Sejarah
di SMK Bukit Garam

Asal
Kelantan

Pendidikan
Maktab Perguruan Islam, Bangi Selangor
Universiti Malaya

Keluarga
4 orang anak

Tips elak Histeria: Haron Din saran amal Muawizat


Kejadian histeria adalah fenomena

yang sering berlaku di sekolah-sekolah berasrama penuh yang perlu

diambil perhatian oleh pelbagai pihak di samping mengamalkan beberapa kaedah, amalan dan doa tertentu bagi mengatasi gejala terbabit.

Bagi menghindari kejadian histeria atau rasuk akibat gangguan makhluk halus berulang di kalangan para pelajar sekolah asrama mahupun orang awam, salah satu amalan dan petua yang sebaiknya diamalkan ialah Muawizat.

Muawizat adalah surah-surah yang terdiri daripada surah al-Ikhlas,al-Falaq dan an-Nas yang dibaca setiap hari baik sebelah pagi atau pada sebelah malam, selain hadis sahih Rasulullah s.a.w menyebut ayatul Qursi juga turut dibaca bagi menghindari kejahatan dan gangguan makhluk halus.

Demikian saranan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din ketika diminta mengulas berhubung kejadian histeria di sekolah-sekolah yang terpaksa ditutup akibat kejadian Histeria.

Beliau turut menjelaskan beberapa punca yang menyebabkan terjadinya kerasukan di kalangan para pelajar antaranya ialah berlaku 'breakdown' pada perasaan atau jiwa seseorang disebabkan tekanan (tension) belajar yang terlalu tinggi di samping kelemahan seseorang mengalami emosi ketakutan yang bersangatan sehingga memudahkan gejala makhluk halus mengganggu hingga terjadinya histeria.

"Ketakburan juga boleh menyebabkan histeria iaitu berani yang terlampau sehingga mengganggu atau mencabar tempat-tempat yang dipercayai ada makhluk halus," katanya yang kini berada di Langkawi ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

"Selain itu, akibat manusia yang menceroboh kawasan 'mereka' hingga mereka datang 'membalas' pula.

"Dan fenomena ini tidak hanya berlaku di sekolah-sekolah agama, sekolah biasa atau berasrama penuh sahaja tetapi juga banyak terjadi di kilang-kilang serta tempat orang berkenduri kendara," kata pengamal perubatan Islam itu.

'Pindahkan' makhluk halus ke kawasan lain

Ini menjelaskan lagi katanya bahawa dunia ini tidak didiami oleh manusia sahaja malah turut dihuni oleh makhluk-mahkluk lain juga yang dikenali dengan pelbagai nama dan oleh yang demikian manusia sewajarnya tidak sewenang-wenangnya menceroboh kawasan 'mereka' atau lebih baik lagi berdoa kepada Allah SWT supaya dihindari dari gangguan jin syaitan mahupun makhluk halus.

"Sebaik-baiknya sebelum buat bangunan atau sekolah di satu-satu kawasan, perlu berdoa terlebih dahulu supaya dilindungi ataupun 'memindahkan' makhluk tersebut ke kawasan yang lain," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa Rasullulah juga turut berdoa kepada Allah agar dilindungi daripada diganggu oleh makhluk yang mendiami alam ghaib ini.

Doa tersebut katanya berbunyi begini: "Wahai bumi, tuhanku dan tuhanmu sama iaitu Allah, aku mohon perlindungan Allah daripada kejahatanmu dan kejahatan yang keluar darimu, dan kejahatan yang turun atasmu, kejahatan yang melata atasmu seperti binatang berbisa dan mahkluk halus yang mendiami tempat ini serta keturunan-keturunan mereka."

Sebelum itu, Mufti Selangor, Dato' Mohd Tamyes Abd Wahid, yang turut mengulas kejadian terbabit dilaporkan berkata bahawa apabila seseorang takut kepada syaitan dan makhluk halus seperti jin, ia hanya akan menyebabkan makhluk itu semakin bongkak.

Jangan tinggal solat

"Kita ambil contoh, kadang-kadang pelajar yang tinggal di asrama, khususnya pelajar perempuan, sering ditakut-takutkan dengan kewujudan 'penunggu' di bilik air dan disuruh berhati-hati sehingga akhirnya mereka percaya," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pelajar di sekolah berkenaan tidak meninggalkan solat dan menjaga disiplin dan apabila seseorang meninggalkan solat, amat mudah syaitan mengganggu menyebabkan kejadian seperti histeria.

Mohd Tamyes yang mempunyai pandangan yang sama dengan Haron Din berkata, mahkluk halus seperti jin berada di sekeliling manusia, cuma ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Seperti manusia, katanya, ia memiliki tempat tinggal dan selalunya menghuni rumah yang ditinggalkan kosong.

"Semua pelajar perlu berhati-hati dan mempunyai kekuatan diri supaya tidak mudah dirasuk serta tidak mudah takut dengan gangguan syaitan dan iblis,katanya - azm

(Interbiu dengan Dato' Haron Din berhubung kes histeria ini dibuat dua tahun lalu, sekadar panduan dan rujukan kepada yang terlibat dan yang mahu mengambil pengajaran daripadanya- wallahualam)