Sambutan Mauliur Rasul peringkat Daerah Kinabatangan telah berlangsung dengan jayanya. Perarakan bermula dari terminal Bas atau Dataran Kinabatangan menuju Dewan Sri Lamag. Di anggarkan 800 orang telah menyertai perarakan ini
Perarakan diselangseli dengan ucapan selawat dan paluan kompang dan gong dari kumpulan Kg Sentosa jaya, SMK Bukit Garam dan Giat Mara Kinabatangan.
SK Kota Melangkah Mara di Bawah Pimpinan Guru Besarnya Sendiri
Perarakan dimulai dengan bacaan doa oleh Imam Daerah Kinabatangan, Tuan Hj Jalpah Sani. Pasukan RELA Kinabatangan dibawah pimpinan Sarjan Ismail mendauhului kontigen perarakan menuju ke dewan Sri Lamag. Diikuti oleh Pejabat pelajaran Daerah.
Majlis pada kali ini dirasmikan oleh YB Saddi Abdul Rahman, ADUN Sukau
seperti keletihan pelajar SMK Bukit Garam ini

Selepas ucapan perasmian, Pegawai Ceramah Jheain Sandakan Ust Ahmad Syufai Wagiran menyampaikan Ceramah Tema sebagai pengisian kepada semua hadirin.
Bagi menyerikan lagi sambutan Maulidu Rasul pada kali ini beberapa acara turut di pertandingkan. Antaranya sepanduk Tercantik dan Peserta terramai.Kelihatan Guru Besar SK Kota En Sabril Ludin yang bangga dengan pencapain sekolahnya apabila muncul Johan Sepanduk Tercantik dan Tempat Ketiga Peserta Rerramai.
Kg Batu Puteh Muncul Johan Sepanduk Tercantik Kategori kampung dan Johan Keseluruhan.
Pihak penganjur juga menyampaikan cendehati dan penghargaannya kepada pendakwah Undangan Mereka dari Jabatan Pendidikan yang terdiri daripada Ust Mohd Zaidi Mustafa, Ust Zulkarnain Noh dan Ust Noriman Fauzi. Sumbangan ini bagi menghargai sumbangan mereka kepada gerak kerja Dakwah JHEAIN Kinabatangan selama ini.
No comments:
Post a Comment